Protokol Rangkaian
- Protokol adalah prosedur dan peraturan untuk berkomunikasi.
- Jika kita ke majlis rasmi ada set peraturan yang perlu kita patuhi untuk berinteraksi dengan tetamu lain, begitu juga dengan komunikasi dalam sebuah rangkaian.
-Tanpa protokol, komunikasi akan menjadi satu masalah dan jika sebuah rangkaian tidak memahami prosedur teknikal yang perlu dipatuhi oleh mereka, komputer akan gagal untuk berinteraksi sesama mereka.
- Biasannya protokol-protokol ini akan dibandingkan dengan dua model yang terkenal iaitu Model Rujukan OSI (Open Systems Interconnection) oleh ISO dan Model TCP/IP atau DoD oleh Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat.
- Terdapat banyak jenis protokol dan setiap mereka mempunyai tugas masing-masing yang mungkin berlainan peranan di dalam 7 Lapisan OSI. Setiap mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka sendiri dan mungkin popular di kalangan produk-produk keluaran pengeluar tertentu.
- Ada juga protokol yang hanya bekerja di satu lapisan dari Lapisan OSI dan ada juga pada berbilang.
No comments:
Post a Comment