- STP ialah wayar UTP yang ditambah dengan satu lapisan balutan pelindung.
- STP kurang dipengruhi gangguan persekitaran jika dibandingkan dengan UTP dan mampu memindahkan data jauh lebih baik berbanding UTP. STP lebih mahal dan sukar untuk memasangnya.
- STP juga mampu menyokong penghantaran data yang lebih jauh berbanding dengan UTP.
Gambar rajah 3.1.2: Kabel Sepaksi
- Kabel sepaksi ini mempuyai lapisan luar (outer jacket) yang membolehkan kabel jenis ini digabungkan menjadi kabel-kabel yang lebih besar.Kabel ini pernah/masih lagi digunakan didasar lautan untuk menghubungkan antara benua.
- Kabel ini digunakan untuk kabel TV dan lazimnya, ia menjadi penghantaran media pilihan untuk menghubungkan komputer kepada terminal yang berada dalam bangunan berdekatan.
- Jejaring kuprum pada kabel sepaksi ini berfungsi sebagai penyerap isyarat melimpahi konduktar talian, ini bagi mengelakkan ia daripada menggangu kabel-kabel sepaksi yang berada disekitaranya.
- Jejaring ini juga bertindak sebagai bumi dan melindungi teras dari hingar dan cross talk.Cross talk ialah isyarat dari wayar berhampiran yang melimpahi masuk ke dalam talian.
Terdapat 2 jenis kabel sepaksi iaitu :-
i. thinnet (nipis)
· adalah kabel sepaksi boleh lentur dengan ketebalan saiz teras 0.25 inci.
· biasanya digunakan dalam sambungan kad rangkaian yang terdapat dalam komputer ke sistem rangkaian.
· Kabel jenis ini mampu membwa isyarat sejauh 185 meter, sebelum isyarat mula berkurang atau attenuation berlaku.
· Kabel thinnet digolongkan dalam keluarga RG 58, ia mempunyai galangan (impedence) sebanyak 50Ω. Perbezaan utama keluarga RG 58 adalah sama ada pada teras iaitu sama ada ia teras padu atau teras lembar.
· Berikut adalah keluarga kabel sepaksi.
Kabel | Penerangan |
RG – 58 /U | Teras padu |
RG – 58 A/U | Teras berkembar |
RG – 58 C/U | Spesifikasi military bagi RG A/U |
RG – 59 | Transmisi broadband seperti TV |
RG - 62 | Rangkaian Arc Net |
ii. thicknet (tebal)
· adalah kabel yang mempunyai diameter 0.5 inci, sukar dilentur.Kadangkala dikenali sebagai Ethernet Piawai kerana telah digunakan sebagai kabel pertama dalam arkitektur Ethernet.
· Jarak isyarat yang mampu dibawanya sejauh 500 meter. Ia biasanya digunakan sebagai backbone bagi sambungan kepada beberapa rangkaian kecil yang berasaskan thinnet.
· Transceiver adalah peranti yang digunakan untuk menyambung kabel thinnet coaxial dengan kabel thicknet coaxial.
Kedua-dua jenis kabel ini menggunakan penyambung yang dikenali sebagai BNC (British Naval Connector) atau Bayonet Nut Connector atau Bayonet Neill Concelman.
Terdapat 4 jenis BNC untuk penyambungan kabel sepaksi iaitu;
i. BNC connector iii. BNC terminator connector
ii. BNC T connector iv. BNC barrel connector
Pemasangan kabel coaxial dalam rangkaian
- Kabel coaxial sesuai digunakan untuk pemasangan rangkaian dengan topologi BAS iaitu semua komputer dalam rangkaian disambung dengan satu kabel utama.
- Kaedah penyambungan ditunjukkan dalam Rajah 6.4. Panjang maksima kabel dari topologi BAS adalah 200 meter. Penggunaan kabel lebih dari 200 meter tidak digalakkan kerana rangkaian akan menjadi lambat.
Gred kabel dan kod kebakaran
- Gred kabel yang hendak digunakan bergantung kepada lokasi dimana kabel tersebut hendak di pasang.
- Terdapat dua gred bagi coaxial cable :
i. Polyvinyl cloride (PVC)
ii. Plenum
i. PVC adalah sejenis plastik yang digunakan sebagai penebat dan jaket kabel bagi kebanyakan coaxial cable. Kabel PVC ini adalah mudah lentur dan mudah di pasang pada kawasan yang terbuka. Bagaimanapun apabila ia terbakar ia akan menghasilkan gas yang beracun.
ii. Plenum adalah sejenis penebat kabel. Plenum dipasang dalam ruang di antara siling gantungan dan paras lantai di atas siling tersebut. Plenum sesuai di pasang di ruang ini kerana apabila berlaku kebakaran, asap yang terhasil tidak akan membahayakan penghuni bangunan tersebut. Plenum adalah tahan api dan menghasilkan asap yang minima apabila terbakar. Ini dapat mengurangkan keracunan bahan kimia.